Tempatan Dua buaya gergasi di Batang Igan tewas

Dua buaya gergasi di Batang Igan tewas

16
Dr Juanda (kiri) memerhatikan dua ekor buaya yang ditangkap itu dimuatkan di dalam lori.

MUKAH: Dua ekor buaya gergasi masing-masing berukuran 15 kaki dan 13 kaki akhirnya tewas setelah ditangkap di kawasan muara Batang Igan pada Sabtu.

Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman, Datuk Dr Juanda Jaya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berkata, pihaknya amat berterima kasih atas kerjasama pihak berkuasa dan penduduk kampung atas kejayaan itu.

Memetik kenyataan Dr Juanda dalam media sosial Facebooknya pada Sabtu, beliau berkata usaha ini telah dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu di mana akhirnya telah membuahkan hasil.

Menurutnya, ia susulan pemburuan buaya secara berterusan oleh pihak berkuasa yang prihatin dengan keselamatan penduduk kampung.

Dr Juanda berkata, beliau difahamkan terdapat seekor lagi buaya yang terlepas sebelum ini juga telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penduduk kampung di sekitar Igan untuk terus berhati-hati walaupun sudah ada tangkapan dibuat.

Pada awal Februari lalu, penduduk Kampung Tengah, Kuala Igan dikejutkan dengan kelibat seekor buaya didakwa berukuran lebih 17 kaki sedang berkeliaran di sungai mencari makanan.

Melalui rakaman video penduduk tempatan, buaya berkenaan turut dikatakan membaham seekor anjing.

Situasi itu menjadikan penduduk di Kuala Igan dan sekitarnya terus berwaspada dengan kehadiran reptilia ganas itu di sepanjang sungai tersebut. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleKapel Sacred Heart pertama di Sarawak, corakkan suasana harmoni dan hidup bermasyarakat
Next articleSekatan COVID-19 tamat, mudahkan umat Islam ke Tanah Suci
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here