Nasional Dua juta penerima Sinovac dijangka hilang status vaksinasi lengkap 1 April

Dua juta penerima Sinovac dijangka hilang status vaksinasi lengkap 1 April

6
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kira-kira dua juta penerima vaksin Sinovac diunjurkan berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 2.09 juta penerima Sinovac belum menerima dos penggalak.

“Mengikut unjuran kita untuk seminggu lagi, Kementerian Kesihatan unjurkan bahawa mungkin akan ada dua juta penerima vaksin berisiko hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini pada Khamis.

Sebelum ini, tempoh untuk mendapatkan dos penggalak bagi penerima vaksin itu sebelum status vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dinyatakan sebagai tidak lengkap berakhir 28 Feb lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 31 Mac ini.

Khairy berkata bagi menggalakkan penerima vaksin jenis itu mendapatkan suntikan penggalak, perbincangan dengan Singapura juga turut dilakukan susulan persetujuan kedua-dua negara membenarkan pengembara lengkap vaksinasi merentas sempadan darat tanpa menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19.

“Saya bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, mereka (Singapura) juga menganggap divaksinasi sepenuhnya untuk Sinovac (penerima) sebagai tiga dos (termasuk penggalak), jadi jika anda ingin menikmati perjalanan ke Singapura, tanpa kuarantin, anda tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Pengecualian kuarantin dan ujian COVID-19 bagi perjalanan darat Malaysia-Singapura itu turut merangkumi ujian prapelepasan dan semasa ketibaan bermula 1 April ini.

Sementara itu, Khairy berkata walaupun negara akan beralih ke fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini, namun mandat pemakaian pelitup muka adalah kekal.

Dalam pada itu, Khairy berkata permohonan kuarantin di rumah dan pemakaian peranti pengesanan digital adalah antara prosedur untuk pengembara yang akan dimansuhkan bermula 1 April ini.

Turut dimansuhkan ialah Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, kaunter ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR oleh Kementerian Kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan My TravelPass. – BERNAMA

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleGangguan internet paksa ibu tunggal mendaki berjalan kaki 5 km dan redah bukit 200 meter untuk cari capaian internet
Next articleEkspedisi tawan Gunung Bung Muan tidak kesampaian
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here