Tempatan Dua rumah ranap dalam kebakaran di Mukah

Dua rumah ranap dalam kebakaran di Mukah

12

MUKAH: Dua rumah musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Kampung Tutus Hilir di sini pada Khamis.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataan media, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.04 petang.

Katanya, kedua-dua rumah tersebut telah musnah terbakar 100 peratus sebaik pasukan pemadam tiba di lokasi.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira jam 7.10 malam.

Kesemua penghuni di kedua-dua rumah itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSeorang lelaki buli OKU berjaya diberkas kurang 6 jam
Next articleHarga kenderaan di Malaysia dijangka naik
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here