Tempatan

Dua selamat, empat lagi hilang selepas bot nelayan dipukul ombak di perairan Kuala Bakam Miri

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menemui dua orang mangsa yang merupakan antara mangsa dua buah bot nelayan tempatan yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Kuala Bakam, Miri dipercayai dipukul ombak ketika menangkap ikan sejak Selasa lalu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Shafie Paing, kedua-dua mangsa yang berumur 35 tahun ditemui selamat oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada petang Rabu manakala empat lagi mangsa masih belum ditemui.

“Pencarian diteruskan pada hari ini oleh Pasukan Hadapan Carilamat (PHC) dengan mengatur gerak aset laut dan udara bagi mengesan empat lagi mangsa bot berkenaan di kawasan perairan terbabit. Kesemua mereka berumur 43 hingga 70 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Shafie memaklumkan, Op CARILAMAT itu turut melibatkan agensi sahabat iaitu Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Coast Guard dan komuniti maritim nelayan Piasau.

Berikutan kejadian berkenaan, Zon Maritim Miri menasihati orang awam khususnya komuniti maritim agar lebih peka terhadap ramalan cuaca dan mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan semasa berada di laut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sebarang kecemasan di laut secara terus melalui talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri ditalian 085-418204 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 yang beroperasi 24 jam.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *