Tempatan DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan (2021), 2022

DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan (2021), 2022

2

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021), 2022 untuk mendapatkan Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2021 berjumlah keseluruhan RM478,843,946.

RUU tesebut diluluskan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar setelah mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Ke-19.

Bacaan kali kedua dan ketiga RUU berkenaan dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan tidak melibatkan perbahasan.

“Perbelanjaan tambahan ini adalah untuk menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung oleh pelbagai kementerian dan jabatan yang mana dananya tidak diperuntukkan atau tidak mencukupi dalam anggaran 2021,” katanya.

Selain itu, perbelanjaan tambahan sebanyak RM81,608,762 juga diperuntukkan untuk melaksanakan program dan projek pembangunan pada 2021 oleh pelbagai kementerian dan jabatan.

“Terdapat 47 sub aktiviti dan 68 sub-sub aktiviti yang melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM81,608,762.

“Jumlah yang diperlukan ini telah diperoleh daripada simpanan dalam kalangan subtajuk berkenaan atau pendahuluan daripada Rizab Luar Jangka,” katanya. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSafiee Cadang Kawasan Pesisir Yang Tumbuh Pokok Nipah Diwartakan Sebagai Tanah NCR
Next articleSarawak hanya mula guna gelaran ‘Premier’ selepas diwartakan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here