Tempatan Ekspedisi tawan Gunung Bung Muan tidak kesampaian

Ekspedisi tawan Gunung Bung Muan tidak kesampaian

14

BAU: Hasrat sekumpulan pelajar sebuah universiti swasta untuk menawan Gunung Bung Muan tidak kesampaian apabila seorang daripada pendaki mengalami sesak nafas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kumpulan terbabit terdiri daripada tiga wanita dan lima lelaki membuat panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang Khamis.

Menurutnya, kumpulan terbabit memohon bantuan kerana seorang daripada mereka tidak mampu untuk meneruskan pendakian.

Menurut Komander operasi, mangsa iaitu lelaki berumur 18 tahun dengan anggaran berat 110 kilogram dibawa turun menggunakan pengusung.

“Mangsa berjaya dibawa pada jam 10:20 malam dan operasi tamat pada 10:30 malam.

“Mangsa dibawa oleh ahli keluarga atas permintaan mangsa sendiri (abangnya sendiri) ke KPJ,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi tersebut yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung tamat sepenuhnya pada jam 10.30 malam. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleDua juta penerima Sinovac dijangka hilang status vaksinasi lengkap 1 April
Next article
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here