PUTRAJAYA: Empat gabungan politik memeterai perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), petang ini bagi mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya.
Turut menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama berkenaan adalah Setiausaha Agong gabungan politik masing-masing iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mewakili PH; Datuk Seri Zambry Ab Kadir (BN); Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS); Datuk Seri Marsidi Manjun (GRS) dan Datuk Loretto S Padua Jr (WARISAN).
Perjanjian persefahaman kerjasama itu ditandatangani kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Katanya, langkah itu mendahului usul percaya yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini.-BERITA HARIAN