Tempatan

Empat jalan ditutup, dilencong Sabtu ini sempena perarakan kapal berhias

KUCHING: Empat jalan akan ditutup dan dilencongkan pada Sabtu ini bermula jam 4.30 petang bagi memastikan acara perarakan kapal berhias berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah berkata, jalan berkenaan ialah Jalan Wayang/ Jalan Main Bazaar, Jalan Old Court House, Jalan Khoo Hun Yeang dan Jalan Power/Jalan Market.

“Jalan akan dibuka semula kepada laluan awam selepas program selesai,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahsmon menasihatkan orang awam untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan iaitu Reservoir Park, Bangunan Saujan, Medan Letak Kereta Sarawak Plaza, Bangunan Medan Pelita dan Medan Letak Kereta Plaza Merdeka.

Walau bagaimanapun katanya, keperluan penutupan dan lencongan jalan itu bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh pegawai polis trafik yang bertugas agar tidak mengganggu pengguna jalan raya yang ingin melakukan aktiviti harian yang laun.

“Orang awam adalah dinasihati untuk mengikut tanda-tanda isyarat kawalan lalulintas yang diarahkan okeh pegawai polis yang bertugas dan dilarang meletak kenderaan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalulintas,” ujar beliau lagi.

Setelah 10 tahun tidak diadakan, acara perarakan kapal berhias yang diadakan bersempena dengan sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka ini akan menemui warga Sarawak yang amat menantikannya di Tebingan Sungai Kuching bermula jam 8 malam.

Ia akan dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.   

Acara ini akan menyaksikan perarakan 20 buah kapal berhias, persembahan jetski dan perarakan perahu tambang serta persembahan daripada artis tempatan Sarawak iaitu Hafiz Suip dan Dayang Nurfaizah.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *