Politik Empat parti komponen GPS tandatangani perjanjian sokong Anwar

Empat parti komponen GPS tandatangani perjanjian sokong Anwar

12

KUCHNG: Empat parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini menandatangani perjanjian menyokong kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian GPS itu diadakan sehari sebelum semua ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan diketuai Pakatan Harapan (PH) menandatangani bagi menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumpur esok.

Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) GPS berbuat demikian terlebih dahulu, membabitkan pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Mesyuarat sejam itu dipengerusikan Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, di sini hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata mesyuarat itu juga memperhalusi pandangan GPS termasuk perjanjian berkenaan serta usul percaya terhadap kepemimpinan Anwar selaku Perdana Menteri.

“Semua ketua-ketua parti komponen dalam GPS, menandatangani perjanjian menyokong Kerajaan Perpaduan dan kepemimpinan Anwar Ibrahim,” katanya.

Alexander yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sokongan itu perlu agar kepentingan negeri Sarawak terjamin.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Pengerusi SUPP, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden PDP, Dato Sri Tiong King Sing. 

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini, GPS memenangi 23 daripada 31 kerusi Parlimen.

Terdahulu, di Putrajaya hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan parti-parti politik yang menyokong pentadbiran Anwar akan memeterai perjanjian berkaitan kerjasama itu esok.

Ia mendahului usul percaya yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini.-UTUSAN SARAWAK

Previous articleShell Malaysia lantik Siti Hurrairah Sulaiman sebagai pengerusi negara baharu
Next articleSemua kediaman di Jepun akan dilengkapi panel solar selepas April 2025
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here