Tempatan

FAMA Sarawak sedia 72 lot tapak bazar Ramadan di Medan Niaga Satok

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak menawarkan sebanyak 72 lot tapak bazar Ramadan di Medan Niaga Satok sempena bulan Ramadan tidak lama lagi.

Pengarahnya Ramli Mat Sani berkata, pihaknya telah mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menyediakan tapak bazar Ramadan tersebut.

“Setiap tahun kita memang ada menyediakan tapak bazar Ramaadan di Medan Niaga Satok ini.

“Kita telah mendpaat kelulusan daripada DBKU dan dianggarkan 72 lot yang akan disediakan di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat FAMA Sarawak Kuching hari ini.

Ramli turut berkongsi keunikan bazar Ramadan mereka, yang menekankan kebersihan, kekemasan dan keselamatan.

“Dalam usaha untuk mencapai keseragaman dan kebersihan, kami menyediakan lapik meja dan apron kepada peniaga.

“Kami juga menyediakan kaunter kesihatan bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat dimakan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, bazar yang sebelum ini dibuka di hadapan Medan Niaga Satok akan berubah lokasinya di tepi Medan Niaga Satok.

Semalam, FAMA Sarawka daam laman Facebook rasminya mengumumkan mengenai tawaran sewaan tapak Bazar Ramadan Medan Niaga Satok.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan sewa tapak Bazar Ramadan Medan Niaga Satok boleh mendapatkan borang penyertaan pada 20 Februari 2023 (Selasa) pada jam 10 pagi di Pejabat FAMA Negeri Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *