Tempatan

Fasa pertama Projek Tebingan Sungai Limbang dijangka siap selewatnya penghujung Ogos

LIMBANG: Projek Tebingan Sungai Limbang bagi fasa pertama dijangka siap selewatnya penghujung Ogos.

Menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, setelah projek itu siap untuk fasa pertama, pelbagai aktiviti dapat diadakan di situ.

“Projek ini merupakan suatu projek kawasan rekreasi yang dinantikan oleh warga Limbang dan juga pengunjung luar.

“Pada bulan September kelak, kita menjangkakan bagi mengadakan Pesta Kebudayaan Masyarakat Cina untuk diadakan di sini yang merupakan program di bawah Jawatankuasa Tetap Perayaan Utama Daerah Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa melawat ke tapak projek di sini pada Sabtu.

Abdul Rahman memberitahu lagi, projek berkenaan mengalami kelewatan disebabkan beberapa isu termasuk COVID-19.

Bagaimanapun katanya, pihak kontraktor telah memberi jaminan bahawa fasa pertama akan siap dalam tempoh tersebut.

Projek Tebingan Sungai Limbang terbahagi kepada tiga fasa yang mana ia dijangka sipa sepenuhnya pada pertengahan atau hujung tahun 2025.

Apabila siap kelak, Tebingan Sungai Limbang ini menjadi tebingan yang terpanjang di Sarawak iaitu sepanjang 1.8 kilometer.

Sumber:UKAS

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *