Tempatan Fatimah sokong beku akaun bank bekas suami enggan bayar nafkah

Fatimah sokong beku akaun bank bekas suami enggan bayar nafkah

2

SAMARAHAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWK) Sarawak menyokong keputusan Kerajaan Persekutuan yang mahu membekukan akaun bank bekas suami yang gagal melunaskan bayaran nafkah kepada bekas pasangannya.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu sebagai membela nasib wanita yang berdepan kesusahan selepas penceraian.

Ujar beliau, di Sarawak, kementeriannya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan polisi itu dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Ini penting terutamanya bagi wanita yang diceraikan oleh bekas suami yang tidak bekerja di sektor awam,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Geran Kelab Rukun Tertangga (KRT) Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia di sini pada Selasa.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini bahawa kerajaan akan membekukan akaun bank bekas suami yang ingkar untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.

Sementara itu, beliau turut menyokong keputusan membenarkan isteri yang kematian suami bekerja dari rumah dalam tempoh iddah iaitu selama empat bulan 10 hari. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleIbu Eric didenda RM3,000 ambil dadah
Next articleBekas pemain Sarawak FA, Mohd Azizan Baba meninggal dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here