Tempatan Fazzrudin dilantik Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak

Fazzrudin dilantik Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak

12

KUCHING: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak.

Beliau menggantikan Datuk Abdullah Saidol yang kini menjawat Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS).

Fazzrudin mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik dan menerima watikah pelantikan di hadapan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

Beliau antara 9 individu dari PBB yang dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 15 Februari 2022 sehingga 15 Februari 2024.

Selain itu, tiga wakil dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan tiga dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) termasuk seorang daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) turut dilantik.

Mereka yang lain adalah Kenil Jaraie, Victor Temenggong Angang, Romeo Christopher Tegong, Abdul Samat Gany, Jenny Bangga, Fridah Osman, Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Damen Rejek, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie, Charles Chad Nissom dan Susan Clement Ingun, Tan Kai, Teng Ung Woo, Niponi Undek dan Datuk Balang Rining. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articlePembinaan lebuhraya, jalan perhubungan pacu pembangunan Sarawak
Next article30 hingga 40 peratus kanak-kanak tidak hadir temu janji vaksinasi
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here