Sukan FC Headquarters muncul juara Kejohanan Bola Sepak JKR Sarawak 2022 – Zon...

FC Headquarters muncul juara Kejohanan Bola Sepak JKR Sarawak 2022 – Zon Selatan

16

KUCHING: FC Headquarters (JKR Ibu Pejabat) muncul juara apabila berjaya mengalahkan PWD Kuching United dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium UNIMAS, KOTA Samarahan pada Sabtu.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong FT & JKR Samarahan masing-masing menduduki tempat ketiga, manakala Mohd Irwan Hanari dari FC Headquarters) telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak, serta Roy Hock juga dari FC Headquarters, JKR Ibu Pejabat dinobat sebagai pemain terbaik.

Pengarah JKR Sarawak, Datu Ir. Zuraimi Sabki telah menjadi tetamu kehormat di Kejohanan Bola Sepak JKR Sarawak 2022 – Zon Selatan dan menyempurnakan sepak mula pertandingan akhir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Akhir Bola Sepak JKR Sarawak 2022-Zon Selatan.

Turut serta dalam majlis penutupan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Korporat) Ir. Wisil Lichok, Pemangku Ketua Unit Lebuhraya Pan Borneo Awang Mohd Fadillah Awang Redzuan, Pemangku Ketua Unit Lebuhraya Pan Borneo Mariam Dollah, Jurutera Bahagian JKR Bahagian Kuching Indra Sakti, Jurutera Bahagian JKR Bahagian Samarahan Chiresly Francis Kureng Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Betong dan Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Sri Aman) Ir. Christopher George.-SN

Previous articleDua rumah musnah dalam kebakaran di Taman Suria Jaya, sebuah separa rosak
Next articleKPM kawal ketagihan game, larang bawa telefon bimbit ke sekolah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here