Nasional Fenomena Super Full Moon boleh dilihat sekitar jam 7:09 malam tadi

Fenomena Super Full Moon boleh dilihat sekitar jam 7:09 malam tadi

11

KUALA LUMPUR: Fenomena Super Full Moon boleh dilihat sebaik sahaja bulan terbit sekitar jam 7.09 malam tadi, kata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Menurut kenyataan ringkas di Facebook pada Khamis, MYSA berkata, Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam imej Super Full Moon pada 13 Julai 2022, 11:35 malam.

Malangnya, kemuncak Super Full Moon pada sekitar jam 2.37 pagi pula tidak dapat dirakam kerana cuaca tidak mengizinkan.

Untuk itu, MYSA merakamkan penghargaan terima kasih kepada warganet yang berkongsi imej Super Full Moon di media sosial MYSA.

Pada Selasa, MYSA melaporkan bahawa rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Super Full Moon atau kedudukan bulan paling hampir ke bumi pada jam 5.09 petang Rabu.

Menerusi portal rasminya, MYSA memaklumkan fenomena itu terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi atau disebut sebagai perigee dengan jarak adalah 357,263 kilometer (km).

Terdahulu, fenomena Super Full Moon telah berlaku pada 14 Jun lalu dan imej berjaya dirakam sistem teleskop ONL.

Previous articleDatuk Amar Awang Tengah ketuai Delegasi Kerajaan Sarawak ke Persidangan Pengguna ESRI 2022 di San Diego
Next articleAmbil tindakan tegas pada kartel haji, aniaya orang ramai
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here