Tempatan

Firefly tawar Penerbangan antarabangsa terus ke Sarawak

KUCHING: Malaysia Aviation Group (MAG) akan menawarkan penerbangan antarabangsa baharu terus ke Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangannya, Ahamd Luqman Mohd Azmi berkata, laluan antarabangsa itu membabitkan beberapa destinasi dan negara di utara Asia dan China. 

“(Oleh itu) akan berlaku perubahan besar terhadap operasi penerbangan Firefly.

“Selain mengambil alih satu laluan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines di Sarawak, kami juga akan menggunakan pesawat Firefly untuk menghubungkan lebih banyak destinasi antarabangsa dengan Borneo,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Selasa. 

Ujar Luqman lagi, pihaknya juga memberitahu akan menambah bilangan pesawat Firefly bagi melancarkan operasi sejajar dengan pertambahan destinasi dan permintaan. 

“Kami (dijangka) akan mempunyai sekurang-kurangnya enam pesawat menjelang akhir tahun namun perancangannya ialah kita mahu menambah kepada 11 pesawat iaitu jumlah yang mencukupi untuk operasi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *