Menarik

‘Gamer’ kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan

KUALA LUMPUR: Seorang penstriman permainan video kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lain berkata wanita berusia 30 tahun itu membuat lima transaksi pindahan wang ke akaun berasingan berjumlah RM95,700 selepas menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa dirinya ‘Inspektor Maria’ dari Bukit Aman.

“Pada 2 petang semalam, wanita berkenaan menerima panggilan didakwa dari Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad yang memberitahu kononnya dia ada membuat penghantaran dua keping kad ATM (mesin juruwang automatik), sebuah buku cek dan sebuah token bank kepada individu tertentu.

Beh berkata wanita itu kemudian menyedari dia ditipu setelah menceritakan peristiwa tersebut kepada rakannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.-BERNAMA

Exit mobile version