Nasional Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan – UNIFOR

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan – UNIFOR

5
(STAND ALONE) (FOR GAWAI ON JUNE 1) . . Christina Lyana Raymond and her family enjoying traditional treats together on the first day of Gawai at her home in Kampung Tematu, Bau, near Kuching. This year's Gawai is quieter as no house-to-house visiting is allowed during the conditional movement control order and the celebration is limited to the first day only. - ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) melarang sepenuhnya individu positif COVID-19 daripada menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan sepanjang Sambutan Hari Gawai di Sarawak.

Manakala individu yang bergejala di semua peringkat umur dan yang tidak lengkap vaksinasi juga tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan sepanjang sambutan perayaan berkenaan.

Larangan tersebut antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan UNIFOR sempena Sambutan Hari Gawai tahun 2022 yang bakal disambut bermula malam 31 Mei hingga 2 Jun depan.

UNIFOR menerusi satu kenyataan pada Khamis turut membenarkan masyarakat Dayak di negeri itu untuk mengadakan beberapa aktiviti yang sebelum ini dilarang sebelum peralihan negara ke fasa endemik 1 Mei lalu.

Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis hari gawai secara terbuka atau tertutup.

“Kapasiti di rumah ibadat adalah seratus peratus namun jemaah diwajibkan memakai pelitup separuh muka, mengamalkan etika 3W (wash, wear, warn) dan elakkan 3C (sesak, sempit, sembang dekat), dan digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera,” ulas kenyataan berkenaan.-BERNAMA

Previous articleIndia sekat eksport gandum, pemain industri jamin bekalan mencukupi di Malaysia
Next articleSarawak tuntut lebih banyak kerusi Parlimen – Datuk Sharifah Hasidah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here