FOOD JOURNAL sekali lagi mempersembahkan bufet Ramadan #GEMBIRAYA ke-3 dengan menyajikan juadah tempatan yang terdapat di seluruh Malaysia di Old Court House (Rumah Mahkamah Lama).
Selepas dua tahun, kemeriahan Ramadan ‘terganggu’ disebabkan penularan wabak COVID-19, kegharirahan menyambut Ramadan tahun ini suatu yang tidak akan dilepaskan bersama keluarga, insan tersayang dan rakan-rakan dengan menikmati juadah berbuka puasa pelbagai aneka pilihan.
Di #GEMBIRAYA, menyedia dan menampilkan 15 pilihan menu makanan dan minuman dari tradisional ke moden serta stesen berbeku Asaso dan membuat ais kacang sendiri.
Antara sajian yang ditampilkan Nasi Briyani, Kampung Fried Rice, Nasi Kukus, Char Kueh Tiaw, Garlic Chili Lime Pasta, Thai Jungle Curry, Ayam Kapitan, Dory with Balinese Sauce, Ayam Gajus dan Daging Masak Hitam.
Turut disediakan makanan tradisional ulam-ulaman dan buah-buahan segar seperti Soup of the week, Borneo 4 season Jungle Vegetable, Gado-gado, Pasembor, Assorted Ulam, Asian Salad (chicken pineapple salad), Assorted Cucur, Samosa, kuih muih, Pengat Pumpkin/ Pisang dan Sago Gula Apong.
Bagi penggemar makanan berpanggang juga disajikan kambing golek, ayam panggang dan satay.
Pembasah tekak untuk berbuka puasa, disediakan air lemon, teh tarik, kopi, air bandung dan Spiced Tea.
Lebih menarik konsep dewan yang dihiasi suasana yang lebih tropika di mana tetamu boleh merasai dan menjamu selera dalam suasana yang lebih intim.
Bermula 7 April sehingga 30 April 2022, dari jam 6:00 petang hingga 10:00 malam tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Old Court House di talian 012-5887012 dengan harga RM78 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun boleh makan secara percuma.
#GEMBIRAYA juga ada menyediakan kadar korporat pada harga menarik RM68 untuk dewasa dengan sekurang-kurangnya 10 orang untuk tempahan.
Selain berkonsepkan terbuka, bagi pelanggan yang memerlukan privasi turut disediakan bilik peribadi kami juga tersedia untuk tempahan serta menyediakan kemudahan surau dan menikmati pemandangan Old Court House yang menarik di waktu malam.