Tempatan Gempar penemuan mayat wanita di Sungai Batang Rajang

Gempar penemuan mayat wanita di Sungai Batang Rajang

5

KANOWIT: Penduduk di sini gempar apabila satu mayat wanita ditemui terapung berhampiran jeti Shell Kanowit, Sungai Batang Rajang pada Khamis.

Menurut maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Kanowit pada jam 12.50 tengah hari tadi susulan penemuan tersebut.

Pihak Bomba memaklumkan, mayat tersebut berpakaian lengkap dengan mengenakan seluar dan baju-t warna hitam dan tiada pengenalan diri ditemukan semasa operasi dijalankan.

Tindakan pihak Bomba menggunakan full PPE untuk mengambil mayat sebelum diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai PBK II KUP, Yusuf Morni itu turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tamat sekitar jam 1.40 tengah hari. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleSarawak catat peratusan vaksinasi kanak-kanak tertinggi di Malaysia
Next articleRM1 juta diperuntukan bangunkan kemudahan awam di Sematan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here