BAU: Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bakal memperuntukkan dana berjumlah RM3.2 juta bagi menyediakan kemudahan di Bung Jagoi.
Memetik laporan UKAS, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Henry Harry Jinep memberitahu, kemudahan berkenaan termasuk jalan raya dan elektrik di kawasan itu.
“Peruntukan ini adalah untuk membina kemudahan jalan dan menyambung bekalan elektrik 24 jam di tempat tarikan pelancong berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Platform Melihat di Kampung Jagoi Duyoh di sini pada Sabtu.
Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru juga memaklumkan, Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Jagoi (JADC) juga akan menjalankan kerja-kerja membaik pulih rumah tradisional di atas Gunung Bung Jagoi.
Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News
Telegram: https://t.me/sarawaknews2022
Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/
Twitter: https://twitter.com/sarawak_news
Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/