Menarik Golongan lelaki lebih mudah ungkap ‘saya cintakan kamu’?

Golongan lelaki lebih mudah ungkap ‘saya cintakan kamu’?

8

LONDON: Satu kajian antarabangsa mendedahkan golongan lelaki meluahkan perasaan cinta terlebih dahulu dengan mengungkapkan perkataan ‘saya cintakan kamu’ berbanding wanita.

Lapor Daily Mail, kajian itu mendapati lelaki meluahkan perasaan mereka selepas purata 108 hari berbanding wanita yang mengambil masa selama 123 hari.

Kajian itu menganalisis lelaki dari tujuh negara iaitu Australia, Brazil, Chile, Colombia, Perancis, Poland dan United Kingdom (UK).

Pakar akademik mendapati lelaki dari enam buah negara membuat langkah pertama dalam meluahkan perasaan mereka kecuali Perancis.

Di Perancis pula, kajian menunjukkan golongan lelaki dan wanita setara menjadi individu pertama meluahkan perasaan cinta mereka.

Pasukan pakar akademik diketuai Dr. Christopher Watkins dari Universiti Abertay di Dendee menyoal seramai 1,092 wanita dan 336 lelaki disoal mengenai hubungan cinta mereka.

Responden ditanya pelbagai soalan termasuk sama ada mereka mula meluahkan perasaan cinta, tempoh masa diambil untuk berbuat demikian dan respons diterima.

Kajian mendapati lelaki lebih cenderung untuk berfikir mereka dilamun cinta, kira-kira 70 hari dalam hubungan baharu, seminggu lebih awal berbanding wanita.

“Ia kemudian mengambil masa sebulan lagi untuk memberanikan diri dengan mengungkapkan perkataan tersebut,” jelas laporan itu.

Previous articleSukarelawan gali tanah guna tangan selama 3 hari untuk selamatkan Rayan
Next article100,000 ikan mati dibuang di pantai Perancis
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here