Tempatan

GPS bersedia hadapi PRU-15 bila-bila masa sahaja

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang ini pada bila-bila masa sahaja.

Presidennya Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kejayaan pasti akan dapat dicapai sekiranya kesemua komponen GPS bekerjsama dan terus kekal bersatu.

Tidak mustahil kejayaan yang telah dicapai dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak lepas akan dapat diulangi kembali pada PRU-15.

“Sehubungan itu, semua komponen parti dalam GPS perlu bersatu hati dan minda untuk menghadapi PRU-15 akan datang.

“Dengan suara yang kuat kita pasti akan mencapai banyak perkara yang memberi manfaat bersama,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Persidangan Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersaty Sarawak (SUPP) ke-27 di Kuching pada Sabtu.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut menggesa supaya semua komponen GPd bertindak serentak dan mengenepikan kepentingan peribadi terutamanya dalam soal calon PRu15 akan datang nanti.

Beliau berkata, sekiranya GPS terus mengekalkan momentum PRN-12 Sarawak lepas dan memperkukuhkan perpaduan, nescaya pembangkang tidak akan mampu memenangi kerusi pada PRu15 akan datang kelak.

“Disebabkan itu, kita mesti bertindak serentak dan sehaluan. Kita mesti mempunyai objektif yang sama dan setelah kepimoinan memutuskan siapa yang akan jadi calon pada PRu15, ahli perlu memberikan sokongan secara habis-habisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *