Tempatan GPS bertegas tiada ruang untuk BERSATU, kesemua 31 kerusi untuk GPS pada...

GPS bertegas tiada ruang untuk BERSATU, kesemua 31 kerusi untuk GPS pada PRU15 akan datang

24

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendiriannya untuk kekal bertanding di kesemua 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini bagi mengulas pertembungan kerusi Parlimen Puncak Borneo yang menyaksikan penyandangnya dari BERSATU Datuk Willie Mongin memaklumkan akan bertanding mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lepas.

“Saya sudah maklumkan sebelum ini, kita (GPS) akan tetap bertanding di semua 31 kerusi Parlimen,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di Hotel Raia Kuching pada Khamis.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Monginmemberitahu akan mempertahankan kerusi itu pada PRU15 akan datang.

Pada PRU14 menyaksikan kekalahan pertama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kerusi Parlimen Puncak Borneo (sebelum ini dikenali Parlimen Mambong) sejak tahun 1974 selepas calon Barisan Nasional (BN) Jeannoth Sinnel tumpas kepada Willie calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu dengan majoriti 4,005 undi.

Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 19 perwakilan daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dengan 13 kerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tiga kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS), dua kerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) dan satu kerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Previous articlePenerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Mekah pada 31 Mei ini
Next articleGempa bumi 6.0 skala Richter melanda Filipina
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here