Tempatan GPS harap 4 wakilnya dikekalkan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan

GPS harap 4 wakilnya dikekalkan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan

14

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengharapkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan empat portfolio jawatan menteri kepada gabungan itu.

Pengerusinya Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS sebelum ini menerima empat portfolio jawatan menteri di peringkat persekutuan.

“Kali terakhir kita (GPS) mendapat empat portfolio jawatan menteri termasuk Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang-Undang).

“Bagaimanapun, setakat ini kita (GPS) belum menerima senarai kabinet kerajaan baharu dan kita belum mendengar apa-apa (pembentukan kabinet),” katanya ketika ditemui media selepas hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Bagaimanapun, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, kemungkinan besar, GPS kekal mendapat empat portfolio menteri seperti dalam senarai kerajaan sebelum ini.

Sementara itu, ditanya mengenai pengganti Wan Junaidi untuk memegang portfolio kementerian, beliau menyerahkan keputusan itu kepada Perdana Menteri.

Previous articleBiarpun menang ke atas Costa Rica, Jerman tetap tersingkir
Next articleDUN Sarawak lulus Belanjawan Negeri 2023 berjumlah RM10.797 bilion
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here