Politik GPS hormati cadangan Yang di-Pertuan Agong dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan

GPS hormati cadangan Yang di-Pertuan Agong dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan

5

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan susulan wakil rakyatnya turut dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong ketika kemelut pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara ini dijelaskan Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. 

Atas dasar itu, GPS bersetuju bersama membentuk Kerajaan Perpaduan yang diterujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Kita dalam demokrasi Raja Berpelembagaan dan mesti melihat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Raja.

“Sebab itu pandangan kita diambil kira dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kelab Backbenchers GPS di sini pada Khamis.

Previous articleUsaha mengembalikan hak Sarawak dalam MA63 & Laporan IGC lebih penting berbanding jawatan TPM
Next articleGadis 18 tahun antara dua individu ditahan polis disyaki bookie pertaruhan Piala Dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here