Tempatan GPS tidak beri laluan kepada parti luar dalam PRU15

GPS tidak beri laluan kepada parti luar dalam PRU15

41

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan memberi laluan kepada parti dari luar Sarawak termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) akan datang ini.

Setiausaha Agung GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi menegaskan GPS tidak akan memberikan ruang kepada BERSATU untuk bekerjasama dalam PRU15 ini.

“Kenyataan daripada Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sudah jelas termasuk beberapa kenyataan yang telah dibuat sebelum ini.

“Ia juga membuktikan GPS tidak akan memberi ruang kepada mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan gabungan ini (GPS) dan itu adalah pendirian tegas GPS buat masa sekarang,” katanya pada Sabtu.

Tambahnya lagi, sekiranya BERSATU memohon untuk bekerjasama dengan GPS untuk bergabung dengan dalam PRU15 nanti, beliau menjelaskan ia terpulang kepada kebijaksanaan Pengerusi GPS.

Mengenai persediaan GPS dalam PRU15, Dato Sri Alexander memberitahu pihaknya kini telah bersedia menghadapi PRU15 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Malah, katanya lagi jentera-jentera GPS sudah mula mengadakan perhimpunan bagi menyusun atur langkah seterusnya menjelang PRU15.

Untuk rekod, dua kerusi parlimen di Sarawak iaitu Parlimen Puncak Borneo dan Parlimen Saratok disandang ahli BERSATU iaitu Datuk Willie Mongin dan Datuk Ali Biju.

Previous articleKuching City FC menang bergaya, jinakkan UiTM FC di Shah Alam
Next articleRibuan tetamu dan pengunjung hadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here