Dunia

Gunung Merapi, Indonesia meletus, alirkan lahar panas

JAKARTA: Gunung berapi Merapi Indonesia hari ini meletus, memuntahkan awan panas iaitu campuran abu dan lahar panas sejauh hingga kira-kira tujuh kilometer, kata Agensi Pengurusan Bencana negara itu dalam satu kenyataan.

Gunung berapi yang terletak di wilayah khas Yogyakarta di Indonesia itu meletus kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan dan mengalirkan lava sejauh 1.5 kilometer, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, penduduk yang tinggal berhampiran diberi amaran untuk menghentikan sebarang aktiviti di zon bahaya, dalam lingkungan antara tiga hingga tujuh kilometer radius dari kawah.

Gunung Merapi setinggi 2,963 meter adalah antara gunung berapi paling aktif di Indonesia dan sudah berada pada tahap berjaga-jaga kedua tertinggi di negara itu.

Exit mobile version