Sukan

Haaland samai rekod semusim Salah, bantu Manchester City tewaskan Leicester City

MANCHESTER: Erling Haaland menyamai rekod jaringan semusim Liga Perdana Inggeris (era 38 perlawanan) ketika membantu Manchester City menewaskan Leicester 3-1 di Stadium Etihad.

Kemenangan itu meletakkan juara bertahan, City kini hanya berada tiga mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Penyerang Norway itu meledak dua kali di babak pertama untuk mencapai 32 gol musim ini – menyamai rekod penyerang Liverpool, Mohamed Salah sepanjang musim 2017-18.

John Stones membuka jaringan untuk tuan rumah sebelum Haaland menyempurnakan sepakan penalti dan disusuli dengan satu gol menarik.

Inggeris – yang dicatat ketika setiap pasukan perlu mengharungi 42 perlawanan berbanding 38 sekarang.

Leicester, yang dikendali Dean Smith buat pertama kali, menemui sasaran di babak kedua menerusi Kelechi Iheanacho namun tidak mencukupi untuk menghalang mereka daripada kekalahan keempat berturut-turut dan kekal di tangga kedua tercorot.

City, yang memburu gelaran kelima dalam tempoh enam tahun, kini mengumpul 70 mata dengan lapan perlawanan berbaki.

Arsenal akan bertandang ke Etihad pada 26 April, perlawanan yang berpotensi menjadi penentu kejuaraan.

“Seperti saya katakan, ia adalah kemenangan, kemenangan dan kemenangan. Mereka mengharungi keputusan yang hebat musim ini dan saya tidak rasa mereka akan tercicir banyak mata, jadi apa yang perlu kami lakukan ialah terus mengejar.

“Penting buat kami untuk menang hari ini bagi menjadikannya perlawanan seterusnya bertemu mereka sebagai aksi final,” kata Guardiola. – AFP

Exit mobile version