Sukan Tempatan

Had umur penyertaan Sukan Para SUKMA 2024 kekal

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Para SUKMA telah memutuskan untuk mengekalkan peraturan pemain berumur di antara 14 hingga 45 tahun bagi Temasya Sukan Malaysia (PARA SUKMA XXI) yang akan bermula 21 hingga 28 September 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dengan ketetapan itu, atlet yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1977 hingga 31 Disember 2008 layak untuk menyertai acara-acara Sukan Para Sukma.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr Nagulendran Kangayatkarasu itu juga katanya, Jawatankuasa Tertinggi juga menetapkan syarat bahawa pertandingan akan dijalankan sekiranya terdapat penyertaan daripada dua negeri dan jumlah peserta sekurang-kurangnya empat atlet.

“Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi sukan para ini pada tahun depan dengan sebanyak 10 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu olahraga, tenpin bowling, powerlifting, ping pong, memanah, badminton, lawn bowls, renang, boccia dan catur.

“Antara sukan yang akan dipertandingkan di Kuching adalah olahraga di Stadium Sarawak, renang di Kolam Renang Datuk Pandalela Rinong, ping pong di Stadium Perpaduan, lawn bowls di Arena Sukan Petra Jaya, memanah di Lapangan Sasar Petra Jaya, tenpin boling di Megalane E-Mart Batu Kawa dan catur di Hotel Raia.

“Di Samarahan pula, powerlifting akan diadakan UiTM dan bocia di UNIMAS.

“Manakala, badminton akan dipertandingkan di Stadium Indoor, Sibu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Fatimah juga memaklumkan, pendaftaran penyertaan kontinjen akan bermula pada 1 hinga 31 Julai 2024.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknewsofficial/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@sarawaknews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *