Tempatan Hanya kerana hon kereta, lelalki bertindak memukul & ugut pengguna jalan raya...

Hanya kerana hon kereta, lelalki bertindak memukul & ugut pengguna jalan raya direman 4 hari

25

BINTULU: Perbuatan seorang lelaki yang disyaki memukul pengguna jalan raya dan membuat ugutan jenayah telah dirakam dan tular di media sosial.

Kejadian tersebut telah mendapat kecaman netizen di media sosial dan pelakunya telah ditahan reman selama empat hari bermula Rabu untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Batholomew Umpit, sebelum itu suspek telah ditangkap pada 29 November 2022 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan atas tindakan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah stesen minyak yang mana suspek mengekori pengadu yang juga mangsa hingga ke sebuah kafeteria di kawasan Batu 5 Jalan Bintulu-Miri di sini.

“Suspek telah mengekori kereta mangsa kerana tidak berpuas hati atas tindakan mangsa yang membunyikan hon,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Khamis. 

Katanya lagi, semasa berhenti di kafeteria itu, suspek terus bertindak menumbuk muka mangsa.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau iaitu di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah, khianat ke atas kenderaan dan menghalang penjawat awam melakukan tugas,” katanya.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu memberi peringatan tegas terhadap sebarang aktiviti seperti samseng jalanan yang boleh menggugat keselamatan orang awam di jalan raya.

Tegasnya, PDRM Bintulu akan mengambil tindakan tegas untuk membendung aktiviti ini demi menjamin keselamatan awam.

Previous articleLanjut usia tidak halang penduduk Rumah Panjang Nunong, Sibuti timba ilmu
Next articleNew York dan Singapura berkongsi tangga teratas bandar paling mahal di dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here