Tempatan Harga siling ayam standard di Sarawak RM9.80 hingga RM12.90

Harga siling ayam standard di Sarawak RM9.80 hingga RM12.90

14

KUCHING: Berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Ogos, harga siling runcit ayam standard di Sarawak ditetapkan antara RM9.80 dan RM12.90 sekilogram bergantung dengan lokasi.

Menerusi senarai dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Rabu, harga runcit ayam standard di Kuching, Lundu, Bau, Serian, Simunjan, Samarahan, Asajaya, Sibu, Kanowit,  Selangau, Miri, Marudi, Bintulu, Tatau, Sebauh, Sarikei, Julau, Pakan, Meradong, Mukah, Dalat, Matu dan Daro ditetapkan pada RM9.80 sekilogram.

Manakala di Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu harga siling ialah RM10.50 sekilogram.

Bagi Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga pula, harga sekilogram ialah RM11.40 dan di Limbang dan Lawas ditetapkan pada RM12.90 sekilogram.

Bagi ayam super, harga runcit adalah dalam lingkungan RM10.80 sekilogram di kebanyakan daerah manakala ada yang lebih RM11.50, RM12.40 dan RM13.90 sekilogram.

Untuk ayam hidup, harga runcit antara RM6.80 dan RM8.60 sekilogram.

Sementara itu, harga Telur gred A di kebanyakan daerah berharga 47 sen sebiji di peringkat runcit dan 49 sen sebiji di Limbang dan Lawas.

Manakala di Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga akan membayar sehingga 50 sen sebiji telur.

Telur gred B pula antara 45 sen dan 48 sen sebiji dan telur Gred C antara 43 sen dan 46 sen sebiji. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleJPBNS siap siaga hadapi kemungkinan banjir: Uggah
Next articleKerajaan kaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here