Tempatan

Harga simen di pasaran Sarawak naik 10 peratus berkuatkuasa 17 Februari ini

KUCHING: Harga simen di pasaran Sarawak naik 10 peratus berkuatkuasa 17 Februari ini,

Menurut kenyataan <span;>CMS Cement Industries Sdn Bhd (CMSCI), anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) pada Sabtu, <span;>harga purata itu bagaimanapun tertakluk kepada jenis produk dan lokasi berkuat kuasa disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan pembungkusan serta caj pengangkutan yang ketara dan berterusan.

“Sepanjang tahun kos pengeluaran simen telah meningkat purata sebanyak 9 peratus dan berdasarkan persekitaran semasa, CMSCI menjangka kos pengeluarannya akan berterusan pada arah aliran menaik.

“CMSCI terpaksa menaikkan harga simen selepas menyerap kenaikan kos sejak enam tahun lepas kerana terdapat kenaikan mendadak dalam kadar pengangkutan pukal kering global.

“Selain itu, penanda aras Indeks Kering Baltik menunjukkan kadar meningkat sebanyak 64 peratus pada 2021.

“Manakala indeks kertas kraf telah meningkat sebanyak tiga peratus dalam tempoh sama yang seterusnya meningkatkan kos pembungkusan untuk industri simen,” katanya.

Mengenai pelarasan harga pula, purata harga seunit simen di Sarawak kekal berdaya saing berbanding wilayah lain di Malaysia, terutamanya sekarang kerana harga simen di Sabah dan Semenanjung Malaysia telah meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Pada masa sama, harga bahan binaan lain seperti keluli juga telah melonjak secara menyeluruh sejak Januari 2021.

Indeks Kos Bahan Binaan (BCI) telah meningkat sebanyak 2.3 peratus di Semenanjung Malaysia, manakala BCI menyaksikan peningkatan masing-masing sebanyak 2.1 peratus dan 1.5 peratus di Sabah dan Sarawak dalam tempoh ini.

Sejak 2016, CMSCI telah mengekalkan harga jualan simen dan menyerap sebarang kenaikan kos pengeluaran kerana komitmennya untuk menyokong pembangunan dan pertumbuhan infrastruktur Sarawak.

“Tetapi kenaikan kos baru-baru ini menyebabkan kenaikan harga simen tidak dapat dielakkan untuk mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatannya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *