Tempatan

Harga tiket penerbangan mahal, rakyat Sarawak dan Sabah tidak puas hati

KUCHING: Kenaikan harga tiket setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah bukan sesuatu yang baharu dan perkara ini wajar diambil tindakan berterusan.

Rata-rata syarikat penerbangan akan menaikkan harga tiket semasa musim perayaan atas pelbagai faktor.

Bagaimanapun, kenaikan harga tiket ini menyebabkan ramai rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung mengalami kesukaran untuk balik menyambut perayaan.

Selepas dua tahun fenomena ‘balik kampung’ terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan COVID-19, tahun ini sekali lagi harga tiket melonjak naik.

Akibatnya, rakyat Sarawak dan Sabah membanjiri media sosial menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga tiket kapal terbang pada musim perayaan berbanding hari biasa.

Harga tiket domestik yang ditawarkan terlalu mahal seperti ‘harga kayangan’.

Tinjauan di beberapa laman web syarikat penerbangan di Malaysia mendapati harga tiket dari Semenanjung ke Sarawak mendapati harga tiket sehala termurah pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Kuching lebih RM500 dan paling mahal mencecah lebih RM2,000.

Lebih teruk lagi, harga tersebut mula dijual dengan harga mahal dan tidak munasabah dari hari sebelumnya bermula 29 April hingga 8 Mei 2022 iaitu menjelang dan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini pastinya membebankan rakyat Sarawak yang berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab anak yang ramai, kosnya sudah pasti mencecah dua hingga tiga kali ganda.

Sudah tiba masanya Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan mengambil perhatian terhadap masalah ini yang berlaku setiap tahun.

Tindakan ini adalah untuk memudahkan rakyat Sarawak untuk balik meraikan perayaan dan pada masa sama mencetuskan situasi menang-menang kepada pengendali syarikat penerbangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *