Tempatan Hasrat beraya di rumah baharu tidak kesampaian

Hasrat beraya di rumah baharu tidak kesampaian

16

KUCHING: Pembeli rumah di Projek Perumahan Borneo Samariang Garden (BSG) Fasa 7 – Sentoria melupakan hasrat seketika untuk meraikan Aidilfitri di rumah baharu pada tahun ini berikutan projek perumahan itu masih terbengkalai.

Menurut wakil pembeli, mereka terpaksa menanggung bayaran pinjaman perumahan hampir tiga tahun namun rumah masih belum dapat disiapkan.

Keluhan mereka telah mendapat perhatian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Zohari Tun Datuk Abang Openg apabila memberitahu Kerajaan Sarawak akan mengambil alih projek sebaik sahaja beberapa urusan berkaitan diselesaikan.

“Kita hanya dapat mengambil alih projek itu apabila segala masalah serta kes perundangan syarikat pengusaha tersebut telah diselesaikan.

“Ini adalah kerana mereka merupakan sebuah syarikat tersenarai,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN Gedong di Hotel Raia, Kuching pada Khamis.

Previous articleKerajaan Sarawak Ambil Alih Projek Perumahan Sentoria
Next articlePenerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Mekah pada 31 Mei ini
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here