Tempatan

HDA perhebat pengurusan laksana pembangunan

KUCHING: Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) memperhebatkan pengurusannya bagi mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, empat jawatankuasa kecil dibentuk iaitu Jawatankuasa Kecil Infrastruktur, Utiliti dan Telekomunikasi, Pendidikan, Kesihatan dan Keselamatan, Pembangunan Masyarakat, Pertanian dan Pelancongan dan Belia, Sukan dan Latihan Teknikal.

“Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala akan mengetuai Jawatankuasa Kecil Infrastruktur, Utiliti dan Telekomunikasi hang mana ahlinya terdiri daripada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah Dan Survei, Jabatan Saliran dan Pengairan dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar serta turut dianggotai Lembaga Multimedia Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Residen Miri dan semua Pegawai Daerah dalam kawasan HDA.

“Tugas dan tanggungjawab mereka adalah untuk mengenalpasti infrastruktur, utiliti dan isu serta cabaran telekomunikasi,” katanya semasa Mesyuarat Ahli Lembaga HDA di sini pada Selasa.

Uggah turut menjelaskan, Jawatankuasa Kecil Pendidikan, Kesihatan dan Keselamatan bertanggungjawab mengenal pasti isu dan cabaran mengenai pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau.

“Anyi akan mencadangkan dan merangka strategi, projek dan program berkaitan serta menyelaras dengan tiga kementerian negeri, lapan jabatan dan agensi selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sarawak.

“Pejabat Residen Miri dan semua pejabat daerah di kawasan HDA turut terlibat,” jelas beliau.

Bagi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Masyarakat, Pertanian dan Pelancongan pula, beliau berkata, ia akan mengenal pasti isu dan cabaran pertanian, pelancongan, keusahawanan dan pelaburan.

“Jawatankuasa itu yang dipertanggungjawabkan kepada ADUN Telang Usan Dennis Ngau juga akan merangka dan mencadangkan strategi, pelan tindakan dan program berkaitan serta akan berkerjasama dengan kementerian, jabatan dan agensi berkaitan

Manakala bagi Jawatankuasa Latihan Belia, Sukan dan Teknikal, ujarnya jawatankuasa tersebut mengenal pasti, mencadangkan dan merangka strategi dan pelan tindakan serta program mengenai isu dan cabaran belia, sukan dan teknikal yang diketuai oleh Residen Miri Jamalie Busri.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *