Tempatan

HDC serah tong sampah beroda baru kepada penduduk RPR Quadruplex

MIRI: Penduduk RPR Quadruplex, Bandar Baru Permyjaya, Tudan, Miri menerima 25 unit tong sampah beroda baru daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Fathi Hambali berkata, penggagihan tong sampah berkapasiti 1,100 liter itu adalah untuk mengganti dan menambah tong sampah hijau beroda lama yang usang.

Menurut Fathi, HDC sering menerima aduan berhubung tong sampah yang rosak dan kotor akibat vandalism serta hilang dicuri pihak tidak bertanggungjawab di sekitar kawasan RPR itu.

“Penggantian tong sampah berkenaan perlu agar tiada tumpahan sisa sampah di jalan raya yang menyebabkan bau tidak selesa sekaligus merosakkan pemandangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau juga menggesa penduduk RPR Quadruplex, Bandar Baru Permyjaya, untuk bekerjasama memainkan peranan memastikan kawasan masing-masing sentiasa terjaga dan bersih daripada sampah.

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *