Tempatan

HFMD: 386 kluster dikesan di Sarawak

KUCHING: Sebanyak 386 kluster jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah dikesan di Sarawak.

Jangkitan HFMD ini dikesan di sekolah, rumah, Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian berkata, 900 kes HFMD direkodkan dua minggu lepas dan 1,000 kes pada minggu sebelumnya.

“Sebanyak 386 kluster dikesan di sekolah, TADIKA dan TASKA serta di rumah.

“Saya menasihatkan ibu bapa membawa anak ke klinik jika mengalami demam dan ruam.

“Rawatan segera boleh membantu pihak berkuasa kesihatan menghentikan penularan wabak HFMD,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Pada Jumaat lepas, Dato Sri Prof Dr Sim memberitahu, sejak enam minggu lepas, HFMD berada di tahap endemik.

Justeru, beliau menggesa kepada pemilik dan pengusaha TADIKA dan TASKA agar menjaga kebersihan termasuk di rumah.

Ujar beliau lagi, lebih 2,000 kes HFMD dilaporkan di seluruh dunia sejak Januari 2022 dengan satu kematian dicatatkan di Negeria.

“Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan jika ada menunjukkan simptom.

“Sekiranya terdedah kepada mana-mana individu yang positif cacar monyet, maklumkan segera kepada pihak berkuasa kesihatan dan jalani kuarantin 21 hari,” tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *