Tempatan

Hotel Sheraton, Kuching terima Sijil Pengesahan Halal Malaysia

KUCHING: Hotel Sheraton di sini telah mendapat kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha telah menyempurnakan penyerahan sijil secara rasmi kepada pihak Sheraton Hotel yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Hospitaliti) Micheal Ho dan Pengurus Besarnya George Van Oosten semalam.

Turut mengiringi ialah Ketua Bahagian, Bahagian Pengurusan Halal JAIS Ramzen Ambi.

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) amat menghargai inisiatif pihak hotel berkenaan dalam usaha menjaga kepentingan halal khususnya kepada masyarakat Islam.

Sijil Pengesahan Halal Malaysia ini bukan hanya satu pengiktirafan tetapi juga mencerminkan kestabilan dan kebersihan penyediaan makanan dan perkhidmatan di hotel tersebut.

Sheraton Hotel Kuching menegaskan bahawa langkah ini sejajar dengan hasrat mereka untuk memastikan pengalaman penginapan dan hidangan yang terbaik kepada semua tetamu, khususnya yang mematuhi prinsip halal.

Dengan kelulusan ini, Hotel Sheraton Kuching berharap dapat menarik lebih banyak tetamu yang memberi penekanan kepada pemakanan halal, memberikan peluang perniagaan yang lebih besar, dan memperkuat kedudukan mereka dalam industri perhotelan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *