Dunia IAEA beri amaran ‘bahaya teruk’ jika reaktor nuklear Ukraine diserang

IAEA beri amaran ‘bahaya teruk’ jika reaktor nuklear Ukraine diserang

11

VIENNA: Badan pemantau atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa tentera Russia berhenti menyerang loji kuasa nuklear Ukraine dan memberi amaran “bahaya teruk” jika reaktor itu meletup.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), RafaelMGrossi bercakap dengan Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmygal serta pengawal selia dan pengendali nuklear Ukraine mengenai situasi serius di Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia.

IAEA menerusi Twitter merayu untuk menghentikan serangan dan kekerasan serta memberi amaran mengenai bahaya teruk jika reaktor diserang. -AFP

Previous articleEkonomi gig jadi alternatif rakyat jana pendapatan baharu
Next articleAkhirnya, Frank Steward berjaya memasuki UPSI
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here