Sukan Ibnuqaldoon catat sejarah rakyat Sarawak pertama wakili negara dalam sukan e-sport di...

Ibnuqaldoon catat sejarah rakyat Sarawak pertama wakili negara dalam sukan e-sport di Sukan SEA Hanoi

19

KUCHING: Ibnuqaldoon Mohamad Sukor mencatat sejarah sebagai atlet pertama dari Sarawak yang akan mewakili Malaysia ke Sukan Asia Tenggara (SEA) Hanoi dalam acara E-sport pada Mei nanti.

Beliau yang berasal dari  Kampung Lalang Hilir Gedong berjaya melayakkan diri ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam sekaligus menjadikan sebagai anak Sarawak pertama yang mewakili Malaysia dalam acara sukan elektronik (e-sport) sejak ia mula diperkenalkan dalam Sukan SEA pada tahun 2019 di Filipina.

Beliau yang bekerja di Selangor telah berjaya membantu pasukannya meraih tempat ketiga dalam Tour Malaysia Garena Free Fire Challengers, di belakang pasukan Todak dan Freedom Rumble.

Ibnuqaldoon akan mewakili Malaysia dalam sukan e-sport permainan Freefire bersama pasukannya, Secret Xpert.-SN

Previous articleMuzium Budaya Borneo pelaburan jangka panjang Sarawak
Next articleSarawak bersedia sumbang dana jayakan Lebuh Raya Sabah-Sarawak Link Road dan Trans Borneo
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here