Tempatan Ibu Eric didenda RM3,000 ambil dadah

Ibu Eric didenda RM3,000 ambil dadah

3

KUCHING: Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie yang dilaporkan hilang telah didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuching pada Selasa atas kesalahan mengambil dadah.

Tertuduh, Dynasty Chang Ka Hui, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Majistret Zubaidah menetapkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Beliau juga memerintahkan tertuduh untuk menjalani pengawasan dua tahun selesai membayar denda atau menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memasukkan dadah berbahaya yang terkandung dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam tubuh badan sendiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuching Sarawak pada 12 Jun 2017, sekitar jam 3.20 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendaki menjalani pengawasan serta merta selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Eric sebelum ini dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu semasa dijaga oleh pengasuhnya di sebuah kawasan perumahan di Bintawa.

Operasi pencarian Eric di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini sejak 13 Mac turut dihentikan pada 19 Mac lalu. – SN

#sarawaknews
#hanyauntuksarawak

Previous articleKabinet Sabah setuju jawatan Ketua Menteri dihadkan dua penggal
Next articleFatimah sokong beku akaun bank bekas suami enggan bayar nafkah
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here