Dunia Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara

Ibu negara baharu Indonesia dinamakan Nusantara

3

JAKARTA: Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur akan dinamakan sebagai Nusantara.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa.

Katanya, nama tersebut dipilih dan disahkan oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

“Saya baru terima pengesahan dan arahan daripada Presiden Jokowi untuk menamakan ibu negara baharu Indonesia sebagai Nusantara.

“Pilihan itu dibuat kerana Nusantara sudah diketahui sejak dari dulu lagi, selain menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan Indonesia,” katanya.

Namun, belum dapat dipastikan sama ada ibu negara baharu itu akan dijadikan sebagai wilayah atau bandar.

Pada 2019, Jokowi mengumumkan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta akan dipindahkan ke Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur.

Langkah itu dibuat berikutan keadaan yang semakin sesak di Jakarta, selain bandar raya itu dilaporkan semakin tenggelam. – AGENSI

Previous articleJenis pelitup muka fabrik yang disyorkan WHO
Next articleJangan letak pelitup muka di bawah dagu
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here