Dunia

Iljin Display Co., Ltd. Korea Selatan labur dalam kemudahan pembuatan di Sarawak

KOREA: Iljin Display Co., Ltd. iaitu sebuah syarikat di Korea Selatan merancang untuk melabur dalam kemudahan pembuatan di Sarawak untuk menghasilkan wafer nilam LED untuk penggunaan elektronik mewah.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak amat mengalu-alukan cadangan pelaburan Iljin Display di Sarawak.

“Ini kerana projek berteknologi dan bernilai tinggi ini adalah selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menggalakkan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Bahagian (Sapphire) Iljin Display Co., Ltd. Jang Heehyuk memberitahu, projek yang dicadangkan tersebut adalah bernilai RM440 juta dan ILJIN Display sangat teruja untuk mewujudkan kemudahan pengeluaran di Sarawak.

Kenyataan sama juga memaklumkan, Awang Tengah telah mengetuai kunjungan ke Iljin Display Co., Ltd., dan telah diberi takilmat oleh Heehyuk mengenai perancangan syarikatnya.

Tambah kenyataan itu, Sarawak merupakan destinasi pelaburan pilihan buat kebanyakan syarikat dari Korea Selatan termasuk Lotte EM (sebelum ini ILJIN Materials) di Sama Jaya High Tech Park dan OCIM di Samalaju Industrial Park.

 

Dapatkan berita lebih lanjut dan pantas dengan melayari media sosial Sarawak News

Telegram: https://t.me/sarawaknews2022

Facebook Page: https://www.facebook.com/sarawaknewsofficial/

Instagram: https://www.instagram.com/sarawak_news/

Twitter: https://twitter.com/sarawak_news

Youtube: https://www.youtube.com/@sarawaknews2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *