Dunia Indonesia bebaskan bekas anggota JI terbabit serangan bom di Bali dengan parol

Indonesia bebaskan bekas anggota JI terbabit serangan bom di Bali dengan parol

8

JAKARTA: Bekas anggota Jemaah Islamiyah (JI), Umar Patek, dibebaskan dengan parol selepas menjalani separuh daripada tempoh hukuman penjara di Jawa Timur.

Menurut laporan media tempatan, Umar dibebaskan pada Rabu dan sebelum ini telah menjalani program deradicalisation.

Umar kini diletakkan di bawah program pegawasan sehingga April 2030 dan perlu mematuhi prosedur ditetapkan untuk mengelakkan pembatalan perjanjian parol, memetik jurucakap Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia.

Rika Aprianti berkata pembebasan Umar secara parol turut disyorkan oleh agensi antikeganasan (BNPT) dan skuad antikeganasan polis negara itu (Densus 88).

Umar dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Jun 2012 kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas di Indonesia termasuk insiden pengeboman Bali pada Oktober 2002.

Dia ditahan pasukan keselamatan Pakistan di Abottabad, Pakistan pada Januari 2011 dan diekstradisi ke Indonesia pada Ogos 2011. -BERNAMA

Previous articleKucupan pemain Maghribi kepada ibunya tarik perhatian dunia
Next articleSarawak contoh perpaduan terbaik negara – Aaron
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here