Nasional Industri francais mampu berkembang lebih pesat di Sabah dan Sarawak

Industri francais mampu berkembang lebih pesat di Sabah dan Sarawak

8

SANDAKAN: Industri francais mampu berkembang lebih pesat di Sabah dan Sarawak, termasuk berpotensi melahirkan usahawan berjaya sehingga ke luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata biarpun pendedahan industri francais belum mencapai tahap memuaskan di Sabah dan Sarawak, namun masih banyak peluang serta ruang bagi kemajuan tersebut.

“Kalau kita lihat bagaimana industri ini mampu cepat berkembang di tempat lain, lebih-lebih lagi di Semenanjung, (ini bermakna) peluang sama juga ada untuk kalangan usahawan di Sabah dan Sarawak.

“Jenama dari Malaysia misalnya sudah bertapak di 72 negara. Oleh itu, kita akan bangunkan lagi industri ini supaya lebih banyak lagi jenama dan produk baharu dapat diperkenalkan di dalam serta di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan baharu jenama minuman Tealive yang terletak di Hotel Elopura di sini, malam ini.

Mengulas selanjutnya, Nanta berkata peruntukan dana berjumlah RM8 juta pada tahun lepas bagi pembangunan industri francais juga telah berjaya melahirkan ramai pengusaha.

Atas alasan itu, beliau berkata kementerian itu akan memohon tambahan dana daripada kerajaan bagi merancakkan lagi industri tersebut.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo berkata syarikat induk Tealive itu menyasarkan untuk membuka 12 lagi cawangan secara francais di Sabah menjelang tahun depan.

Menurutnya, pada masa ini, jenama minuman itu mempunyai 47 cawangan di 14 bandar di Sabah.

“Sebagai satu jenama yang lahir di Malaysia dan dibesarkan untuk dunia, Tealive amat menghargai sokongan luar biasa pencinta teh di Sabah yang membolehkan kami berkembang secara konsisten ke bandar dan pinggir bandar,” katanya.-BERNAMA

Previous articleTrend guru bersara awal meningkat di Sarawak
Next articlePremier Sarawak zahirkan penghargaan dan terima kasih kepada GPS Backbencer & kakitangan kerajaan
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here