Intipati ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Persidangan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Sabtu
1. Kes kematian arwah Adib sedang disiasat secara menyeluruh dan telus; diberikan pembelaan sewajarnya
2. Kerajaan bayar exgratia RM1.5 juta kepada keluarga arwah Adib, bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat
3. Siasatan RCI Tabung Haji dijangka dapat diselesaikan penghujung Julai ini
4. Tiada paksaan dos penggalak kepada golongan dewasa dan vaksin kanak-kanak tetapi digalakkan mengambilnya
5. Jati diri saya adalah jati diri UMNO, saya tak akan biarkan obor perjuangan UMNO malap
6. Pindaan Akta 342 tidak akan dibentangkan di Parlimen, jumlah kompaun kekal
7. DRB-HICOM labur RM32 bilion untuk bangunkan Automotive High-Technology Valley di Proton City, Tanjung Malim, Perak.
8. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka akan dipinda bolehkan pelanggaran berkaitan bahasa Melayu dikenakan tindakan
9. Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei
10. Penuntut asing di Malaysia wajib pelajari Bahasa Melayu, sasar ia menjadi bahasa kedua terbesar di Asia Tenggara
11. Kerajaan akan pertahan Sabah selama-lamanya daripada diganggu-gugat oleh Raja-Raja Sulu
12. Kerajaan akan pertahan Sabah selama-lamanya daripada diganggu-gugat oleh Raja-Raja Sulu
Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri Malaysia