Nasional Intipati utama sidang media Perdana Menteri

Intipati utama sidang media Perdana Menteri

8

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan jemaah menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perkara itu dimaklumkan Anwar dalam sidang media di sini, selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama.

Selain itu, turut disentuh oleh beliau adalah keterbukaan untuk mengkritik Perdana Menteri dan kerajaan kerana menurutnya, perkara itu diizinkan mengikut sistem demokrasi.

Berikut antara intipati sidang media Perdana Menteri:

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian adalah menjadi hak peribadi mana-mana pihak untuk mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri  

2. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur yang lebih rendah esok dan mengurangkan kebergantungan kepada kartel.

3. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipertanggungjawabkan untuk pengurisan bencana banjir dijangka melanda negara, manakala Datuk Seri Fadillah Yusof pula memfokuskan hal ehwal Sabah dan Sarawak terutamanya Perjanjian MA63.

4. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bersetuju memperuntukan sebanyak RM10 juta pada bulan ini kepada para pesawah padi yang dihimpit kemiskinan.  

5. Perdana Menteri memberi jaminan dasar dirangka pentadbiran terdahulu serta Rang Undang-undang (RUU) yang masih di peringkat perbahasan ketika Parlimen dibubarkan, akan diteruskan jika ia baik dan tidak bermasalah.

6. Keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk dinilai.

7. Mulai 1 Januari depan, cabutan khas atau istimewa nombor ramalan empat digit (4D) dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali.

8. Bajet 2023 akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan dan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

9. Perdana Menteri percaya pasukan Kabinetnya bertekad untuk memastikan mereka mematuhi peraturan yang ketat dan prinsip tadbir urus yang baik.

Previous articleLantikan TPM & menteri penuh bantu jana pendapatan Sarawak
Next articleKucupan pemain Maghribi kepada ibunya tarik perhatian dunia
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here