Tempatan

Isteri berhutang, suami dibelasah

KUCHING: Gara-gara isteri gagal membayar hutang pinjaman, suami menjadi mangsa dibelasah di Surau Taman Sri Makmur, Jalan Matang Batu 6 di sini, kelmarin.

Mangsa turut dibawa ke Bandar Baru Semariang dan turut dipukul di lokasi tersebut sekitar 11.15 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan, (SUPT) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kedua-dua suspek yang berusia 46 tahun dari Jalan Stampin Tengah Heights dan 33 tahun dari Taman Dahlia Batu 5 Matang.

Pihak polis Padawan menahan kedua-dua suspek kerana telah memukul seorang lelaki yang cedera di lengan dan muka.

Mangsa didatangi beberapa lelaki, dua daripadanya berjaya ditangkap. Kedua-dua suspek memukul mangsa di perut, muka dan badan menggunakan tangan, batu dan kayu.

Akibat kejadian ini, pengadu mengalami sakit di tangan kiri, sakit rusuk, sakit rahang, patah tulang mata bawah dan bengkak di muka serta sakit di perut.

Abang Zainal berkata, kedua-dua suspek berjaya diberkas dan mempunyai rekod jenayah lampau dan dibawa untuk menjalani ujian air kencing.-UTUSAN SARAWAK

Exit mobile version