Nasional Isu guru kontrak perkhidmatan ambilan Jun 2020 tamat Jun ini diambil tindakan...

Isu guru kontrak perkhidmatan ambilan Jun 2020 tamat Jun ini diambil tindakan segera

14

KUALA LUMPUR: Isu guru kontrak perkhidmatan (COS) ambilan Jun 2020 yang akan tamat pada Jun ini perlu diambil tindakan segera.

Susulan itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera supaya isu ini tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.

Ini selepas beberapa guru yang terlibat dalam COS ini mengutarakan permasalahan ini di catatan komen dalam Facebooknya baru-baru ini.

“Saya telah mengarahkan supaya perkara ini diberikan perhatian dan diselesaikan segera. KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuatkuasa,” katanya.

Katanya, isu ini semenangnya berada dalam perhatiannya, jelas Datuk Radzi menerusi hantaran di Facebook dan Twitter miliknya.

Dalam pada itu, beliau berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat sebaik sahaja proses berkenaan selesai.

KPM prihatin mengenai perkara yang dibangkitkan masyarakat tentang pendidikan dan komited untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi pewaris negara.

Previous articleKerajaan perlu kaji semula klausa dalam undang-undang yang tidak boleh dicabar di mahkamah
Next articlePasukan Bomba wira kebanggaan negara – PM Ismail
Sarawak News merupakan sebuah platform berita yang memaparkan berita, informasi dan maklumat mutakhir yang berlaku di Sarawak Bumi Kenyalang. Semestinya ianya benar, betul dan sahih hanya untuk rakyat Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here